Friday, December 2, 2011

~Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka~

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
 2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
p/s : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.
Imam Muda Nazrul

~Antara jiwa tenang dan gelisah~

SEMUA anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di padang Mahsyar kelak. Firman Allah: “Pada hari itu (kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu lakukan di dunia dahulu.” (Surah An-Nur ayat 24).
Oleh itu, kita mesti menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan anggota badan. Ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.
Maka mata hendaklah digunakan melihat perkara yang baik dan indah, bukan yang haram, yang lucah dan cabul. Telinga mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar perkara yang mengandungi maksiat dan haram seperti umpatan dan fitnah.
Perut pula mesti diisi dengan yang halal. Yang buat kita tidak tenang ialah sebab hati kita kotor, bukan saja dengan dosa tapi juga akhlak tercela.
Luqman Al-Hakim menasihati anaknya: “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.” Sahabat Nabi, Abdullah Mas’ud berkata: “Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”
Sifat tercela yang membuat kita risau dan sasau adalah hasad dengki iaitu tidak senang melihat orang senang, takbur, ego serta sombong.
Itulah stress pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam kerana bimbang Adam akan menandinginya. Begitu juga ujub dan riak, berasa dialah yang sempurna sedangkan orang lain rendah, dengan mengharapkan pujian dan sanjungan, apa lagi bakhil dan kedekut, tidak akan pernah tenang, hatinya akan terikat dengan harta, cinta harta tak salah tapi kedekut itu buat orang gundah.
 
Apa lagi cintakan kepada kemasyhuran dan ‘glamor’, langsung tiada perasaan rendah diri pasti hati akan gelisah. Sifat pemarah juga menjadikan orang menjadi pendendam, hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.
Berdusta dan menipu membuat hati dibayangi penyesalan dan tidak tenteram. Dalam kehidupan ini, pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya gelisah.
 
Alangkah baiknya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman. Sebaliknya, pasti rasa gelisah jika seseorang itu jiwanya mengalami kegoncangan dan kegawatan.
Apabila berdepan dengan situasi berkenaan, diri pasti menjadi bingung menyebabkan jiwa dalam kegelisahan dan rasa tidak menentu, terasa bagai tiada tempat mengadu, terkapai-kapai sendirian dan berputus asa.
Saat demikian kita tentu amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran daripada kegelisahan. Sekiranya penyakit kencing manis kerana masalah gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress pula disebabkan tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya.
Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun. Ia meracuni hati dan perasaan, berbanding racun biasa yang memudaratkan anggota badan.
Cara terbaik menyesali dosa silam adalah bermuhasabah. Jika hidup tanpa muhasabah, kita sukar mengetahui mana satu perbuatan harus dikurangkan dan mana satu perbuatan mesti ditinggalkan terus.
Akibatnya, hancurlah nilai kemanusiaan. Pendek kata, muhasabah sangat penting kepada kehidupan Muslim kerana orang yang bermuhasabah termasuk dalam kumpulan mereka yang ingin kembali kepada Allah.
Saidina Umar r.a pernah berkata: “Muhasabah dan hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah.” Mereka yang berani bermuhasabah dan kemudian melakukan perubahan sebenarnya orang yang berjaya.
Allah berfirman maksudnya: “Golongan yang bertakwa adalah golongan yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali-Imran ayat 135).
Antara soalan muhasabah diri ialah sudahkah kita menunaikan segala suruhan Allah? Jika dengan ibu bapa, kita takut dimarahi.
Bagaimana pula dengan Allah? Selepas Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar bertanya kepada anaknya, Aisyah r.a, isteri Rasulullah s.a.w. “Apakah lagi ada perbuatan yang nabi buat sedang ayah tidak melakukannya?”
Lihatlah betapa prihatinnya beliau terhadap amalan sehingga jika boleh, beliau hendak ikut semua amalan yang pernah nabi lakukan.
Selain itu, sudahkah kita menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Allah, rasul, malaikat, segala Rukun Iman dan Rukun Islam? Sepatutnya berilah sedikit waktu bagi menambahkan ilmu agama.
Adakah kita membaca al-Quran pada setiap hari? Al-Quran ialah penawar, ubat yang mujarab kepada seluruh alam. Menerusi al-Quran, manusia mempunyai panduan, petunjuk, malah menjadi teman di kala kesunyian di alam kubur.
Setiap hari kita boleh membaca akhbar, maka membaca al-Quran sepatutnya lebih diutamakan.
Kemudian adakah kita sering kali sibukkan masa dengan mencari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan yang dilakukan diri sendiri?
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah daripada bersangka buruk terhadap sesama Muslim. Sesungguhnya ia adalah satu dosa.”

~Kopi kurangkan risiko kanser kulit~

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.
Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.
“Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini,” kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.
Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. – AFP

APA ITU IKHLAS??

IKHLAS - Harap dan sila baca SAMPAI HABIS utk ambil faham supaya tak silap fahaman.
Macam-macam definasi mengenai IKLAS diberikan. Ada orang definasikan begini dan begitu.

Contoh 1. Ada segelintir guru beri contoh seperti sakit hendak buang air besar, segera pergi ketandas untuk segera melepas tanpa tangguh-tangguh. Selepas itu terpancar dari air muka manusia itu satu 'KEPUASAN'. Perasaan hasil dari Kepuasan melepaskan hajat tersebut, terucap spontan dari mulut dengan ucapan - '......Ahh...Leganya...........'.
Lega ini adalah ikhlas, sebab tidak diingat apa-apa pun mengenai perbuatan melepas tersebut melainkan 'puas' setelah mengeluarkannya.

Para ahli falsafah pula dengan pelbagai definasi dan tafsirannya. Kita sendiri pula sudah menjadi kebiasaan, khususnya bila hendak menang hujah atau untuk menunjukkan 'aku lebih berugama dari kamu', atau menegakkan sesuatu isu/perkara atau menundukkan manusia lain supaya akur dengan kita  - walaupun kita dipihak yang salah, perkataan IKHLAS ini menjadi mainan, iklan, gula-gula utk mempengaruhi individu lain atau khalayak.
Lebih parah lagi jika kita tidak faham apa itu IKHLAS, jangankan menghayatinya atau menjadi pakaian kita, tabiat juga kebiasaan kita. Aku menasihati dan berpesan kepada diriku sendiri juga keluargaku supaya jadikan IKHLAS itu makanan juga minuman dan sebati menjadi darah daging. Benar-benar beradab dan teliti bila melontarkan ucapan dan perkataan, sebab kita tidak kenal siapakah atau manusia jenis apa didepan kita. Jangan sembarangan mudah berkelakuan atau semborono gelojoh sangat. Kemungkinan manusia didepan kita mempunyai AKAL BUDI, mata yang tajam dan mata hati yang celik, dimana boleh membaca gelagat kita. Tetapi manusia sebegini tidak mahu ambil tahu aib orang dan seboleh mungkin menutupnya. Tetapi andaikata melibatkan maslahat umum dan orang ramai selalunya, manusia ini akan bertindak, tetapi dengan cara yang bijak terlaksana dan penuh hikmah.

Contoh 2. Guru aku pula menyatakan IKHLAS itu mahfumnya  MENGESAKAN ALLAH SWT.
(Inilah sebenar kemuncak IKHLAS bagi mereka yg sentiasa menilik Allah SWT sebagai punca pelaku dan asal.)

Aku pun merujuk surah Al Ikhlas. Semua ayat dalam surah tersebut adalah Mentauhidkan atau Mengesakan Allah SWT.

Kemudian apa sahaja yg terzahir - lakuan/aktiviti/kegiatan hidup harian pada tubuh zahir atau jasad jasmani, semestinya, seupaya mungkin dalam batas-batas syariat dan memenuhi adab-adabnya. Itulah IKHLAS namanya.

IKHLAS atau MENGESAKAN Allah SWT ini (Zat, Sifat, Asmak dan Af'al), akan menghimpunkan semua amal kebaikan lain dan menolak semua kejelikan atau dosa kesalahan. Sifat-sifat terpuji lain secara sendirinya terpancar keluar dan menjadi pakaian manusia ini samada beliau sedar atau tidak -'automatik'. Tiada ruang untuk selain DIA melainkan DIA....dan DIA dengan KUDRAT dan IRADATNYA berkehendakan MUHAMMAD yang TERPUJI  TERzahir atau NYATA.....
Sekian untuk saat dan ketika ini.

PASTIKAN 'PENDEKATAN' YG BETUL......

Betulkah atau bolehkah kita arahkan seseorang itu begini, " Bila kamu bangun pagi jangan lupa mandi, lepas tu gosok gigi, kemudian bersiap dan baru minum pagi.

Yang pastinya semua perbuatan itu telah pun menjadi amalan dan lumrah orang tersebut. Layakkah kita mengajar orang itu, sedangkan kita baru-baru ini sahaja agak rajin mandi pagi.

Mereka yg berakal budi sahaja, yg bijak terlaksana dan berhemah. Pendekatan yg diambil penuh rasa kasih sayang, amat bertanggungjawab, percakapan tidak menambah beban tekanan, tidak menafikan orang dihadapan itu lebih berpengalaman dari kita dalam bidangnya, menghargai kebaikan orang, insaf dan sedar orang tersebut lebih terlatih dan sangat berdisplin, sangat memahami dan mengenal bahawa orang yg diarahkannya telah lama menghayatinya, telah bertahun mendapat nasihat pakar bahkan kalau boleh ditauliahkan, sudah layak sebagai jurulatih dan sebagainya.

Sepatutnya pendekatannya begini, supaya tidak sakit telinga mendengarnya. 'Maaf saya tahu bahawa kamu memang berpengalaman, telah lama menghayatinya, tidak seperti saya. Cuma saya ingin memperingati dan minta tolong, bila anda mandi pagi saya ingin cadangkan anda menggunakan ubat gigi dan sabun ini sebab setakat ini ianya yg terbaik. Tetapi jika anda telah menggunakannya, oklah teruslah jangan ditinggalkan'.  Cukup utk saat dan ketika ini.

Apakah Akal Budi??

Apakah Akal Budi ? Adakah kita atau siapa? Atau mutakahir ini hanya tinggal segelintir spesis kita yang berakal budi? Atau kebanyakan kita yang bernama manusia sudah hilang atau TIDAK ADA lagi Akal Budi. Kata guru aku, orang yang ada otak tidak semestinya/belum berakal budi. Dalam otak itu kena ada akal, kemudian ada cahaya pertunjuk dan terzahir BUDI. Maka dari AKAL dan BUDI itu tercetuslah - Aku Ingin Mengenal DiriKu dan TuhanKu.
Maka selepas itu nyatalah atau terzahir NERACA dan PERTIMBANGAN dalam diri manusia itu. Lalu menjadi manusia berhikmah dan kebijaksanaan yang terlaksana dalam apa pun situasi. Tidak angkuh dan sombong bongkak, adil saksama, tidak membuli, tidak mengambil kesempatan di atas ihsan atau kebaikan orang, tahu menghargai jasa dan kebaikan orang, penuh sifat ihsan dan belas kasihan, kenal siapa kawan atau sahabat dan siapa musuh,bahkan kenal manusia yang besifat macam nabi dan rasul, malaikat bahkan kenal pula mereka yang bersifat macam jin, syaitan dan iblis, sentiasa bercakap benar dan menunaikan janji bila berjanji, sangat malu membuka mulut meminta-minta, tidak rasa besar diri atau kepala, bila berkawan atau berjiran tidak memberi bebanan atau pencetus masalah, bila menjadi ketua atau anak buah mengerti dan menghayati tanggungjawab, hati dan jiwa bersih jilah, diamnya penuh dengan tafakur dan doanya untuk kebaikan semua, bila beri pandangan mendengar apa yang diucapkan mulutnya dan menghayatinya terlebih dahulu, tidak mengambil mudah dgn sesuatu urusan, tidak menjadi beban bahkan sentiasa menggalas beban, org2 yg benar baik - beriman dan soleh amat selesa dengan mereka, mereka seolah hujan yang menghidupkan bumi yg kering kontang, sentiasa mengeluarkan wangian harum semerbak, kita melihat mereka sangat sabar dan reda tetapi mereka seolah-olah tidak sedar apa yang sedang berlaku keatas diri mereka sendiri dan banyak lagi. Mereka ini adalah manusia yang sangat berakal budi dan manusia yang banyak memberi manafaat kepada manusia lain dan alam sejagat. Mereka bukan menjadi budak atau hamba kepada kemuliaan, kepujian dan kemashuran tetapi benar-benar berpegangan dan berprinsip dan sebenar-benar umat Muhammad SAW dan hamba Allah sejatinya. Zahir mereka kadang-kadang tersilap atau berdosa selalunya tidak sengaja atau bukan disengajakan dengan makluk dan tuhannya, tetapi cepat sedar dan insaf dan kembali kepada Tuhannya disamping memohon maaf dan keampunan. Kadang-kadang mereka ini tidak sedikit pun terkenal didunia tetapi amat terkenal di langit.  Sekian buat saat dan ketika ini.

~Zikir Mencerdaskan Otak~

Nukilan Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi
erngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.
Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu result SPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.
Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.
Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

~Pesanan Berharga Imam Syafi'e~

1.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
2 .Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
3.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah orang pilihan di sisi Allah.
4.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
5.Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan ‘A’uzubillahi minashaitanirrajim”. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sabil.
6.Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
7.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
8.Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
9.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
10.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
11.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang salih.
12.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

~Air Liur Anjing Mengandungi Virus~

Anda akan terkejut manakala hal ini sudah diberitahukan pada kita sejak 1400 tahun yang lalu. Ilmuwan membuktikan jika Virus anjing itu sangat lembut dan kecil. Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat pada dinding sebuah wadah.
Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair. Dalam hal ini tanah berperan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada wadah. Perhatikan kata Rosulullah berikut : Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Apabila anjing menjilat wadah seseorang, maka keriklah (bekasnya) lalu basuhlah wadah itu tujuh kali. (HR. Muslim) Tanah, menurut ilmu kedokteran modern diketahui mengandung dua materi yang dapat membunuh kuman-kuman, yakni: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman. Eksperimen dan beberapa hipotesa menjelaskan bahwa tanah merupakan unsur yang efektif dalam membunuh kuman.
Anda juga bakal terkejut ketika mengetahui tanah kuburan orang yang meninggal karena sakit aneh dan keras, yang anda kira terdapat banyak kuman karena penyakitnya itu, ternyata para peneliti tidak menemukan bekas apapun dari kuman penyakit tersebut di dalam kandungan tanahnya. Menurut muhammad Kamil Abd Al Shamad, tanah mengandung unsur yang cukup kuat menghilangkan bibit-bibit penyakit dan kuman-kuman. Hal ini berdasarkan bahwa molekul-molekul yang terkandung di dalam tanah menyatu dengan kuman-kuman tersebut, sehingga mempermudah dalam proses sterilisasi kuman secara keseluruhan. Ini sebagaimana tanah juga mengandung materi-materi yang dapat mensterilkan bibit-bibit kuman tersebut.
Para dokter mengemukakan, kekuatan tanah dalam menghentikan reaksi air liur anjing dan virus-virus di dalamnya lebih besar karena perbedaan dalam daya tekan pada wilayah antara cairan (air liur anjing) dan tanah. Dr. Al Isma’lawi Al-Muhajir mengatakan anjing dapat menularkan virus tocks characins, virus ini dapat mengakibatkan kaburnya penglihatan dan kebutaan pada manusia. Fakta tentang anjing yang tak banyak diketahui dr. Ian Royt menemukan 180 sel telur ulat dalam satu gram bulunya, seperempat lainnya membawa 71 sel telur yang mengandung jentik-jentik kuman yang tumbuh berkembang, tiga di antaranya dapat matang yang cukup dengan menempelkannya pada kulit. Sel-sel telur ulat ini sangat lengket dengan panjang mencapai 1 mm. Data statistik di Amerika menunjukan bahwa terdapat 10 ribu orang yang terkena virus ulat tersebut, kebanyakan adalah anak-anak.
Secara ilmiah, anjing dapat menularkan berbagai macam penyakit yang membahayakan karena ada ulat-ulat yang tumbuh berkembang biak dalam ususnya. Para dokter menguatkan bahaya ulat ini dan racun air liur yang disebabkan oleh anjing. Biasanya penyakit ini berpindah pada manusia atau hewan melalui air liur pembawa virus yang masuk pada bekas jilatannya atau pada luka yang terkena air liurnya. Ketika ulat-ulat ini sampai pada tubuh manusia, maka ia akan bersemayam di bagian organ tubuh manusia yaitu paru-paru. Ulat yang bersemayam di paru-paru, yang bertempat di hati dan beberapa organ tubuh bagian dalam lainnya, mengakibatkan terbentuknya kantong yang penuh dengan cairan.
Dari luar, kantong ini diliputi oleh dua lapisan dengan ukuran kantong sebesar bentuk kepala embrio. Penyakit tersebut berkembang dengan lambat. Ulat Echinococcosis dapat tumbuh berkembang di dalam kantong itu selama bertahun-tahun. SUBHANALLAH…. lebih dari 1400 tahun yang lalu Nabi SAW telah menyarankan untuk tidak bersentuhan dengan anjing dan air liurnya, dan telah memerintahkan untuk membasuhnya (jika terkena) dengan tujuh kali siraman yang salah satunya menggunakan tanah. “