Thursday, September 23, 2010

Hidup

Aku menanti sebuah pengertian. Aku juga mengharapkan aku temui sebuah jawapan andainya aku menyelam ke dasar persoalan. Moga aku ada kekuatan untukku menyelongkar kemuncak maksud. Aku yakin masih ada sinar yang menyuluh jalanku di hadapan. Aku juga yakin walaupun sukar untukku melamar ketenangan hidup kerana ranjaunya tidak akan pernah sunyi selagi aku bernyawa,aku yakin di hadapanku ada kekuatan yang sentiasa mengiringiku ke jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai Allah. Tidakku nafikan kadangkala hatiku lemah selemah-lemahnya dan kadangkala hatiku rapuh bak titian usang yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi. Namun aku sedar walaupun ia menyakitkan,aku sedar bahawa Allah sedang mengujiku. "Keep The Faith"! Dan apa yang aku sentiasa terapkan dalam hati adalah "you have been great too". Aku pasrah kerana aku tahu Allah telah mengaturkan yang terbaik dalam hidupku dan seharusnya aku bersyukur kerana Allah tidak mengujiku seperti Allah menguji hamba-hambaNya yang lain. Perjalanan hidup yang aku tempuhi aku terpaksa menyukainya walaupun penuh dengan onak yang sangat melukai. Kadangkala aku temui orang yang terlalu gembira hingga dia terlupa pada hakikat dunia dan kadangkala aku temui orang yang berduka tetapi dia gembira. Turut tidak sunyi dari bertemu dengan mereka yang hanya bertuhankan hati. Kadang-kadang aku sesat tanpa haluan sehingga hilang punca,aku turut terasa lelah dalam setiap langkah ku di atas muka bumi ini tapi kenapa kadangkala aku masih turutkan kata hati yang buta,namun Allah itu ada. Dia menyedarkan aku tentang hakikat dunia yang sementara. Dia sentiasa memimpin langkahku walaupun aku sering memungkiri janji-janjiku padaNya.
Sesungguhnya aku hambaNya yang diciptakan dengan kelemahan yang sering terlupa,terleka di buai mimpi arus dunia yang menyesatkan. Kadangkala pencarian aku tentang erti hidup mungkin akan sering kali disalah erti namun sebagai hamba yang lemah aku sentiasa mengharap bahawa aku akan dapat melamar redha Allah walapun aku tahu ianya amat sukar....

Subhanallah...Ya Allah...kuatkanlah hatiku untuk menghadapi ranjau-ranjau kehidupan ini Ya Allah....Ampunilah dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibu bapaku,adik beradik ku,sahabat-sahabatku serta saudara-saudaraku kaum muslimin dan muslimat....Amin...