Wednesday, July 6, 2011

Bercinta Kerana Allah....

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.
Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.
Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.
Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.
Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?
Wallahu’alam.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #16
[2] Ihya Ulumuddin, Kitab Adab Berkasih Sayang, Bab Erti Persaudaraan Pada Jalan Allah dan Perbezaan Daripada Persaudaraan Pada Jalan Dunia.

Edited By Me....^___________^



Ilmu




Ilmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.


Buah Hatiku.....Luqman Adham & Nur Munirah Izzati









Jika Aku Jatuh Hati

KATA-KATA HATI



Ditakdirkan olehNya sebuah pertemuan,
Yang hadir dalam kehidupan,
Memenuhi ruang  hati setiap insan,
Di dalam redhaNya kita bertemu dan berkenalan,
Berputik rindu di hati yang amat mendalam,
Bersama tertanamnya benih kasih sayang,
Mekar menyinar seisi alam kehidupan,
Segar sentiasa di dalam ingatan walau dikau jauh dari pandangan,
Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan,
Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan,
Seikhlas hati ku semaikan benih kasih sayang,
Moga kekal bersinar bersama keredhaan,
Kau umpama permata dicelahan ribuan kaca,
Sukar untukku membezakan kilauannya,
Namun kerana cintanya aku setia,
Akan ku tempuh segala dugaan dan ujianNya,
Namun siapa tahu rencana Ilahi,
Akanku cekalkan hati,
Menerima takdir Ilahi yang sudah pasti,
Tertulisnya ia sejak azali,
Hadirkanlah kasihmu sentiasa dalam hidupku,
Labuhkanlah hatimu di pelabuhan kasihku,
Kekal bersama ikatan yang penuh dengan keikhlasan,
Moga selamanya tetap dalam keimanan,
Tidakku dambakan kau menjadi putera impian,
Cukuplah sekadar kau hadir serikan taman,
Tidak pula aku inginkan mutiara di tengah lautan,
Cuma kuinginkan kasih sayangmu yang membangkitkan aku dari kesunyian,
Bulan tersenyum melihatmu,
Tapi aku menangis kerana aku rindukan kamu,
Bintang menari pabila terpandangmu,
Tapi aku tetap kebuntuan kerana aku cintakan kamu,
Ya Tuhan Ya Muhaimin,
Bantulah aku,
Bantulah hambamu ini,
Tetapkanlah kasihku padanya sentiasa di dalam redhaMu,
Tidakku impikan bahagia selamanya andai takdir bukan miliknya,
Leraikan aku dari pautan kesayuan dalam mendamba kasih sayangnya,
Agar aku tidak kesesatan mengharap pada yang tidak pasti,
Tabahkanlah hatiku agar aku sentiasa di bawah rahmatMu Ya Rabbul Izzati,
Doaku,moga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat,
Berjaya dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan
Yang sememangnya menguji kekuatan iman,
Tapak iman itulah yang akan menemukan cinta yang selama ini telah hilang,
Moga cinta itu tetapku temui,
Kerana ia sememangnya memedihkan hati,
Namun aku tetap mengharapkan moga kita sentiasa berada di bawah payung rahmat kasih Tuhan,
Akan ku tetap menanti kepulanganmu,
Namun aku akan pergi seandainya diri ini tidak diingini..

Hasil Nukilan: Nur Aqila Fathiah Azman

Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik

1. Mentaliti
  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan
  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti
  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.
Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .


WASIAT

(jika ditakdirkan sampai masanya Allah menjemput ana..ana minta sgt2 pada yang mengenali diri ana,jangan benarkan sesiapa melakukan proses postmorterm ke atas diri ana....ana tidak mahu ada sebarang kecacatan pada diri ana..bukan niat "KEDEKUT" atau apa-apa pun,tp ana nak sebagai mana sempurnanya jasad ana sewaktu Allah takdirkan ana lahir ke dunia ni begitu jugalah keadaan ana sewaktu Allah menjemput ana pulang kepadaNya nanti....ana tidak "KEDEKUT" tp ana nak ana dalam keadaan sempurna bila ana mati nanti..anggota badan kita nilah yang akan menjadi saksi kita di akhirat nanti...saat tu mulut dah terkunci,anggota badan yang lain2 ni lah nnti akan jd saksi kita..baikkah,burukkah....)

tiada seorgpun yg barangkali akn menyangkal bahawa tiap2 yg bernyawa itu tentunya akan merasai mati..apabila telah tibanya ajal seseorg,tidak akan terdahului dari yg ditetapkn dan tidak akan terkemudian sesaat pun dari yg telah ditentukn..

kata Imam Ghazali-"mati itu pasti akan tiba,persediaan itu lbh berguna dr persediaan dunia".

Sabda Rasulullah S.A.W pula-"mati itu adalah yg paling dekat dan ghaib".

menurut firman dn hadis tersebut,yakinlah kita bahwa mati itu walau bagaimanapun tetaplah akan menemui diri kita semua,keluarga kita,anak2 kita,sanak saudara sekalian dn pada semua manusia keseluruhannya akan menemui mati. maka oleh dgn itu setelah kita ketahui sprti yg demikian itu serta sama-sama berkeyakinan bahawa Allah sebenarnyalah yg menghidupkan dan mematikan..

sudah tentu merasa sedih sekali apabila kehilangn anak atau seumpamanya, ia adalah permainan mata,kehilangn pasangn atau kehilngn ayah bonda yg dikasihi serta tmpt kita bermanja,kita boleh ikhtiar menahaninya. tetapi bagaimnpun dlm kesedihan itu hendaklah kita byk bersabar. sememangnya kita tidak dilarang menangis kerana sedih..sama sekali tidak..tetapi jgnlah pula tangisan itu sampai dicampuri dgn ratapan demi ratapan,apa pula sehinggakn menepuk-nepuk dada,mencabik leher baju atau kain serta melolong dan berkata-kata dlm ratapan itu.

meratap ats kematian itu sebenarnya adalah pekerjaan org kafir!pekerjaan kaum zaman jahiliah! dalam agama Islam,meratap itu sgt dilarang dan hukum meratapi mayat itu adalah HARAM, dan seksa bagi yang diratapi serta yg meratap itu dptlah diselidik dgn serba ringkas drpd beberapa keterangan yg tersebut sprti berikut :-

"Bermula mayat itu diazab dalam kuburnya sebab diratapi keatasnya."-(Riwayat Al-Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W: "sesungguhnya mayat itu bakal diazab disebabkan oleh ratapan keluarga ke atasnya."

kalau org yg beringinkan agar jgn sampai ia diseksa oleh sebab ratapan keluarga atsnya,maka hendaklah siang-siang ia berpesan dan berwasiat kepada keluarganya supaya bila matinya kelak jgn diratapi. takut2 kalau tidak diwasiatkn terlebih dahulu kelaknya akan diseksalah oleh ratapan itu.....


(jadi...siang-siang ana wasiatkan pada keluarga ana..jgn sesekali meratapi kematian ana..ana xnak ana terseksa disana nnti...Ya Allah azabMu Ya Allah..sesungguhnya xtertanggung oleh kami2 manusia yg lemah...takut kami pada azabMu namun layakkah pula kami kesyurgaMu..)

sebagaimana sempurna yg Engkau berikn padaku ketika aku baru dilahirkan,begitu jugalah keinginanku utk kembali kepadaMu dlm keadaan yg sempurna tiada cacat celanya...

tiada yang bulat akan jadi petak...tiada juga yang petak akan jdi bulat..melainkan ia diizinkan olehMu Ya Allah...

Dedikasikan Teristimewa Untukmu

wahai sahabatku...

tintaku ini merujuk kepada perasaan kasih aku untukmu....tinta ini juga menghantar seribu harapanku untukmu..

bukankah engkau pernah berkata,doa itu menghubungkan kita semua walaupun ia dikirimkan dari jauh? tidak ku hiraukan satu dunia melupakan kehadiranku kerana aku tahu engkau sentiasa hadir dan ingat akan setiap kenangan kita..

sahabat....kita di dunia hanya sementara,semua ini ibarat pusingan roda...kita tetap akan kembali kepada Pemilik kita..kita tetap akan bertemu dengan Pencipta kita..ke mana pun kita lari,ajal itu pasti.... tinggi manapun kita mendaki,kita takkan dapat lari dari percaturan hidup....

Hanya satu yang aku hendak engkau tahu...

aku gusar,dan risau tatkala aku terkenangkan dirimu..adakah engkau baik-baik saja,ataupun kesedihan,kegusaran menghimpit hidupmu??sahabat..tahukah engkau,setiap hari ingatanku tak pernah pudar terhadapmu walaupun waktu sentiasa berputar dan usiaku semakin hari semakin bertukar...aku risau..gusar dan khuatir engkau akan tersalah langkah..kita hanya manusia yang diciptakan dengan kelemahan..aku tahu engkau insan yang baik dan ikhlas dalam bersahabat..kerana itu juga hatiku benar-benar tertaut pada keikhlasanmu..itu yang menyebabkan aku gusar....

Sahabat....bukankah janji Allah itu pasti?? Allah tak pernah kejam dengan kita..sebaliknya kita yang sering lalai....tapi bukankan Allah itu Maha Pengampun...hanya padaNya kita meminta,merayu dan mengadu.....jika kesedihan melanda hatimu,mengadulah pada Dia...takdir Allah itu pasti sahabat..bersabarlah dalam menghadapai dugaanNya...jadilah insan yang penyabar dalam segala hal....

Sahabat...hanya satu yang ku pinta.....jadilah insan yang berhati mulia..jadilah manusia yang berbakti pada agama,bangsa dan negara..jadilah seorang anak yang baik dan membanggakan ibu bapamu....jadilah sahabat yang akan sentiasa bersusah senang dengan sahabatmu yang lain...jangan engkau lupa akan tanggungjawabmu terhadap Al-Khaliq..jangan engkau lalai dalam mengejar kemewahan dunia kerana itu hanyalah sedetik waktu..bukankah syurga itu adalah selamanya??pergilah cari cinta sejatimu...raihlah syurga Dia...carilah redha Dia...aku sentiasa mengharapkan kesejahteraanmu..aku sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu..namamu ada di setiap doaku...

Sahabat....jika sudah jodoh,pertemuan itu pasti...jika ini bukan takdir kita..redhalah...setiap pertemuan pasti ada akhirnya...walau aku diam namun aku tetap ingat..walau aku pedih namun aku tetap tahan kerana aku sayangkan ukhwah ini....janganlah engkau gusar..ingatanku tidak pernah pudar terhadapmu..semakin hari semakin melimpah kasihku terhadapmu..namun biarlah waktu yang menentukan segalanya...Allah sentiasa dengan kita...

Ingatlah wahai sahabatku..janganlah engkau tersalah memilih kawan-kawan apatah lagi teman hidup...carilah seorang isteri yang akan menjadi sahabatmu dalam urusan agama,urusan dunia dan juga urusan akhirat..janganlah engkau termakan dengan lenggok manja seseorang wanita itu kerana itu semua akan membinasakanmu..didiklah zaujahmu dengan keimanan,sesungguhnya itu yang pasti dan insyaAllah syurga itu pasti tertulis...wanita ibarat kayu yang rapuh,berhati-hatilah sahabat dalam meluruskannya..aku mahukan yang terbaik untukmu..sesungguhnya lelaki yang baik tidak menilai seseorang itu dari kecantikannya,tetapi dia menilai dari akhlaknya,agamanya,ketaatannya kepada Dia Yang Satu...aku menyayangimu sepenuh hatiku...carilah cinta dia yang juga mencintaimu kerana Allah....

Sahabat...

akhir kataku..sesungguhnya engkau sahabat yang baik....insyaAllah...walau aku diam namun aku ingat sentiasa....jika umurku panjang,aku sentiasa mendoakan semoga pertemuan itu ada...janganlah engkau risau,Allah sentiasa dengan kita.....yang jauh moga di dekatkan..yang dekat moga disatukan...insyaAllah....aku dedikasikan teristimewa untukmu.....:-) jika engkau terpandang akan lembaran ini,hayatilah...dan ingatlah bahawa aku tidak pernah akan membiarkan kamu terluka.....jagalah hatimu...jangan bagi ia bersedih akan sesuatu yang sia-sia...

Hasil nukilan: Nur Aqila Fathiah Azman....