Tuesday, May 29, 2012

Doa Qunut Nazilah dan Munajat Untuk Rakyat Syria


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma’unah.
Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال ” سمع الله لمن حمده ” من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)
Terjemahan:
Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.
Klik gambar di atas untuk besarkan
ERTI DOA QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.
Peringatan:
  • Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
  • Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
  • Jika solat secara bersendirian juga boleh dibaca doa qunut nazilah. Dalam masalah ini ulama’ berselisih pendapat dan pendapat yang paling rajih (disepakati) adalah dibolehkan.
Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus untuk saudara-saudara kita di Syria dan amnya kepada kaum muslimin dimana saja berada.

Ukhuwah Fillah

”Sesungguhnya di sekitar Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang di atasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian cahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi juga bukan para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada tertegun (merasa iri) kepada mereka sehingga berkata, ’Hai Rasulullah, tolong beritahu siapa gerangan mereka itu?’ Beliau menjawab: ’Mereka adalah orang yang menjalin cinta karena Allah, dan saling bermajelis (duduk memikirkan sesuatu) karena Allah, dan saling mengunjungi karena Allah semata.” (HR Nasa’i)

 Ukhuwah itu memang indah… bahkan sangat indah…. Jabat tangan dan peluk erat berbalut hangatnya salam menghiasi saat bersua dan diikuti bergugurannya dosa-dosa…. Wajah-wajah nan penuh pancaran senyum tersorot kala berjumpa walau tak saling kenal… Keresahan dan empati yang tumbuh di setiap diri ketika ada yang sakit…. Bantuan demi bantuan berduyun-duyun datang ketika ada yang tertimpa musibah…. Saling mengingatkan ketika ada yang hampir ”jatuh ke jurang” maksiat… Bermajelis bersama dimana salah seorang berbagi mutiara nasehat kemudian yang lain berderai air mata menimba hikmah…. Sungguh manis rasanya….
 ”Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah” (HR Abu Daud dari Barra’)
”Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan” (HR Muslim)
UKHUWAH…….. Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan… Ukhuwah… Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut… kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah… ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH…… Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami…
Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan…. sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat… ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.
Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga… sahabat….
sabda Rasullulah S.A.w..”umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim..”
Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..
sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya’nya yang suci dan bersih.
Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. “sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..”(AL-HUJARAT:10)
sahabat… Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah…
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan ‘Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat…. 

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah…perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.
sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang…………….. Sahabat… ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman
sahabat…. Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan…… Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

Kenapa Kita Perlu Bersabar(bahagian 2)

Khalifah Umar Abdul Aziz berkata: “Apabila dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang hamba itu satu nikmat, lalu dicabutnya nikmat tersebut dan digantikan dengan sabar, maka apa yang digantikan oleh Allah itu lebih utama daripada yang dicabutnya.”
Maka seorang mukmin itu apabila dia bersabar di atas kehilangan nikmat tersebut, sesungguhnya dia telah membenarkan hadis Nabi saw yang mafhumnya bahawa tiada perkara yang berlaku pada diri seorang mukmin itu melainkan semuanya adalah kebaikan. Apabila ditimpa kesulitan dia bersabar dan apabila mendapat kesenangan dia bersyukur.Kedua-duanya adalah baik untuk dirinya. Dan beruntunglah bagi orang yang bersabar kerana Allah telah menjanjikan pahala yang sempurna dan tidak terhitung buat mereka.
Secara amnya sabar boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sabar daripada melakukan maksiat, sabar di atas bala yang menimpa dan sabar dalam melakukan ketaatan. Walau bagaimanapun, sabar dalam melakukan maksiat dan ketaatan adalah yang paling tinggi kerana berhajat kepada keimanan yang kuat dan meletakkan diri kita berhadapan dengan pilihan untuk melakukan atau meninggalkan. Adapun sabar di atas bala yang menimpa, kita memang tiada pilihan melainkan berhadapan dengannya . tapi ini bukanlah bermakna sabar di di atas musibah ini senang, bahkan mungkin lebih payah dan luar daripada jangkaan kita.
Sabar yang sebenar bukanlah yang terucap hanya dibibir kemudian hati tidak meredhai, dan bukan jugalah sabar di saat akhir musibah tersebut. Tetapi sabar yang sebenar memerlukan kepada tiga syarat iaitu hendaklah sabar itu ketika di awal kita ditimpa musibah tersebut kemudian segera pula kita mengucapkan “ innalillahi wa inna ilaihi raji’un ” beserta doa “ allahumma ajurni  fi musibati wakhlifni khairan minha ”. Yang bermaksud kita meyakini bahawa daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan dan moga kita diberi pahala  atas musibah yang menimpa kita ini serta digantikan dengan hikmat yang lebih baik. Seterusnya kita bersabar tanpa mengadu kepada manusia. Lihatlah betapa cantiknya sabar yang diajarkan oleh Islam itu. Subhannallah…
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga halnya dengan sabar. Sabar akan menaikkan darjat seorang mukmin itu dan membezakan darjatnya dengan mukmin yang lain. Di samping itu, sabar juga dapat menghilangkan sifat takabbur dalam diri dan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia supaya kita merindui akan kenikmatan syurga yang berkekalan. Dengan ini kita akan sentiasa mengingati Allah dan meyakini bahawa tiada yang berkuasa di dunia ini melainkan Allah swt. Sabda nabi saw: “ Sesungguhnya jika Allah menyayangi sesuatu kaum, maka Dia akan mengujinya ”.
Maha Suci Allah, rupa-rupanya musibah yang diberikan adalah kerana sayangnya Allah pada kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita menghiasi diri kita dengan sifat sabar serta membanyakkan bacaan kita tentang kisah para nabi dan rasul seperti kisah Nabi Ayyub as, Nabi Ibrahim as, Nabi Yusuf as dan selain daripada mereka yang sangat hebat diuji oleh Allah agar kita dapat mencontohi dan menaikkan lagi tahap keimanan kita Insyaallah..

Kenapa Kita Perlu Bersabar(bahagian 1)

Sejenak mari kita berfikir bersama tentang kejadian Allah swt. Kita lihat kepada janin di dalam perut ibunya dan kita lihat peringkat pekembangannya. Dia tidak akan membesar secara tiba-tiba dan begitu juga tanaman serta timbul tergelincirnya matahari. Semuanya berlaku berperingkat dan memerlukan masa.
Begitu juga dengan ciptaan langit dan bumi selama enam hari, sedangkan Allah sendiri berkuasa untuk menjadikannya dalam sekelip mata. Tetapi semua ini berlaku kerana Allah mahu supaya kita mengetahui bahawa setiap yang wujud dimuka bumi ini akan melalui beberapa peringkat dan juga untuk memberitahu manusia bahawa sabar bukanlah sifat untuk manusia semata-mata, bahkan ia merupakan kunci dan sifat kepada alam ini sendiri. Maha suci Allah!!
Setiap perkara dalam hidup kita tidak dapat lari daripada berhajat kepada kesabaran samada untuk mencapai kejayaan, memahami subjek yang susah, bergaul dengan orang, menyelesaikan masalah, berhajat kepada sesuatu, membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak diri, mentaati Allah ataupun dalam meningggalkan maksiat. Benarlah kata-kata seorang ulama bahawa kesempurnaan dunia dan agama terikat dengan kesabaran.
Tanpa kesabaran akan binasalah manusia. Ini kerana yang menjadikan seorang penzina itu melakukan maksiat adalah kerana dia tidak sabar untuk menahan nafsunya hingga berkahwin. Begitu juga halnya dengan penagih dadah, ketidak sabarannya dalam menghadapi ujian yang menimpa dirinya dan waktu lapangnya menyebabkannya mengisi masa tersebut dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Bayangkanlah betapa besarnya fungsi sabar hingga termaktub di dalam kitabullah lebih daripada 90 kalimah. Marilah kita sama-sama menghayati setiap alunan ayat al-Quran yang kita baca dan membacanya seolah-olah ke atas kita ayat itu diturunkan. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 bahawa meminta pertolongan itu perlu disertakan dengan kesabaran dan solat kerana Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar. Bukankah itu yang kita inginkan?..Bersabar dan Allah akan bersama dengan kita. Kemudian Allah mengkhabarkan lagi berita gembira di dalam surah Az-Zumar ayat 10 bahawa mereka yang bersabar akan mendapat pahala yang tidak terhitung, juga di dalam surah Ali Imran ayat 146, bahawa Allah menyayangi mereka yang bersabar. Subhanallah!!..kurniaan yang tidak terhingga buat mereka yang bersabar.
Di dalam surah As-Sajadah ayat 24 Allah telah berfirman: “Dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami”. Jelas daripada ayat tersebut bahawa Allah menjadikan kepimpinan pada dunia dan agama memerlukan kepada dua perkara iaitu sabar dan yakin. Sabar dalam mengislah individu, keluarga dan masyarakat dan yakin pada Allah.
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang kisah pertemuan antara tentera mukmin yang diketuai oleh Talut dan tentera kafir yang diketuai oleh Jalut bahawa bilangan tentera bukanlah yang menetukan sesebuah kemenangan, tetapi kesabaran dan keyakinan dan tawakkal kepada Allah itulah faktor kepada kemenangan mereka. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 249-251: “…Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi) golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang –orang yang sabar. Dan apabila mereka yang beriman itu keluar menetang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata; Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami terhadap kaum yang kafir. Oleh sebab itu mereka dapat mengalahkan tentera jalut dengan izin Allah… ”
Sesungguhnya nikmat kesabaran ini tidak akan dapat dirasai melainkan buat mereka yang mengecapinya dan kemenangan tidak akan terhasil melainkan bersamanya kesabaran.