Tuesday, February 5, 2013

~Aku Mahu Jadi Baik~



Assalamualaikum semua.. terpanggil untuk mencoretkan sesuatu sebagai salah satu inisiatif merenung diri. Bahasa mungkin tak sehebat tinta para sasterawan,namun insyaAllah mudah-mudahan ianya memberikan manfaat yang besar kepada kita semua. Biar usahanya sedikit tapi manfaatnya besar kepada orang lain..

 Seringkali kita mendapat pujian tak lain tak bukan pujian yang mungkin menjerumuskan kita kepada AL-I'JAB BINNAFSI iaitu sikap suka terpesona dengan diri sendiri, antaranya "kau ni hebat", "kau ni didikan agamanya mantap", "kau bertudunglabuh/berkopiah,tentu ilmu kau banyak". Sebagai manusia yang "berlagak" rendah diri, kita pun akan berkata "tak adalah,aku juga masih belajar mengenali hakikat diri", "eh,tak, aku biasa-biasa saja", "belum sampai lagi tahap soleh/solehah tu". Sahabat, cuba kita renung kembali atau gariskan perkataan BELAJAR, tanyakan pada diri berapa kali dalam sehari kita taipkan perkataan "belajar" terutamanya sebagai feedback terhadap pujian dari rakan di alam maya, dan berapa banyak dalam sehari kita menyebut perkataan "belajar" kepada mereka yang sememangnya suka memuji. Apakah kita benar-benar ertikannya? Maksudku, apakah kita benar-benar memasukkan diri kita, jiwa kita, hati kita, seluruh anggota kita dalam dunia "belajar mengenali hakikat diri"?? Atau kita hanya bergoyang kaki menunggu hidayah ALLAH jatuh dari langit dan tiba-tiba tuuupppp "aku kini sudah jadi baik". Bukaaannn..jangan anggap itu mudah, benarlah kata pepatah bahawa mujahadah itu pahit kerana syurgaNya manis.


Demi memperolehi hidayah Allah, bukan sekadar menunggu dan terus menunggu,ianya seiring dengan usaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Belajar dan terus belajar untuk mendapat label "soleh/solehah" di mata ALLAH, bukan mata manusiawi/duniawi. Semuanya bermula dengan NIAT. YA! hanya Niat.. dan ketahuilah dengan niat insyaAllah, yakinkan sebulat hati bahawa ALLAH sentiasa membukakan kita jalan seluas-luasnya untuk kita perlahan-lahan menyusurinya. Jangan gopoh risau tergelincir,jatuh tidak mahu bangkit lagi. Tetapi ISTIQAMAH lah. Teruskan usaha membentuk diri. Terlalu cetek ilmu yang kita ada dan makin dalam ilmu yang perlu kita gali. Walaupun bukan mahasiswi atau mahasiswa jurusan agama, namun belajarlah, tuntutlah ilmuNya untuk bekalan kita di sana. Mana tahu sudah tertulis kita akan mati muda. Kita bukannya tidak baik tetapi kita belum betul-betul baik, jadi pohonlah, pintalah padaNya, yakinkan dalam hati bahawa Dia Yang Maha Pengasih akan memberikan kita taufiq dan hidayahNya kepada mereka yang benar-benar berusaha untuk tahu dan mahu. Wallahualam.. semoga bermanfaat.. AKU MAHU JADI BAIK!

~Antara Lilin dan Madu~




Jika aku ada dua benda yang perlu aku capai dalam keadaan yang gelap gelita pada masa yang sama iaitu antara lilin dan madu.. pasti akan ku capai lilin dahulu.. jika pilih madu terlebih dahulu, berjalan dalam gelap risau terlanggar dinding, madunya tumpah..manisnya hilang.. semut datang, sakit lagi ada.... bukan ku kata madu itu tidak berguna.. tetapi sebelum dapat manisnya, kita perlu capai apa yang lebih utama.... begitu juga dengan iman.. sebelum kita mahu merasai betapa manisnya iman, kita kena berusaha untuk memperolehinya.. umpama memegang lilin tadi.. memegang lilin juga bukan senang.. perlu ada mancis untuk nyalakan api.. perlu berhati2 risau apinya terpadam..jika kita tidak harungi semua tu, bagaimana kita mahu mencapai manisnya madu tersebut?? jika kita tidak berusaha untuk perolehi taufik dan hidayah Allah, bagaimana kita mahu merasai manisnya iman.... untuk dapatkan manis, perlu sabar dan sentiasa istiqamah,perlu ada ilmu dan perlu beramal dengan ilmu tersebut..jangan terges-gesa, risau manis tak dapat..terpesong lagi ada.....

~Gigih Usaha Semata-mata Kerana Dia Yang Esa~

Apabila kita makan,kita pasti mahu yang terbaik yakni yang halal dari segi makanan dan juga sumbernya serta yang baik untuk kesihatan kita. Apabila kita belajar tentang perkara baru, kita pasti belajar dengan penuh konsentrasi dan tekun agar kita benar-benar dapat memahami. Apabila kita bekerja atau mengusahakan sesuatu, kita pasti sangat menitikberatkan sumber wang yang diperolehi dan memastikan wang tersebut dari sumber yang halal. Apabila kita menunaikan solat, kita pasti berusaha dengan sebaiknya untuk lebih khusyuk dalam solat seolah-olah solat kita itu adalah solat yang terakhir sebelum ajal kita tiba.. Begitu juga dalam usaha menyampaikan dakwah dan juga memantapkan tarbiyah, kita tidak boleh sesekali mempunyai perasaan yang mudah "berputus asa" walaupun jalan yang terbentang mempunyai banyak ranjau duri yang menanti.. sikap "ala kadar" hanya akan membuatkan kita tidak dapat memperolehi kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat.. kita perlu gigih dalam melaksanakan amanah dan hak Allah dengan penuh pengharapan dan kecintaan.. oleh itu sama-sama kita berusaha untuk membuat apa jua perkara dengan penuh rasa bersungguh untuk mencapai hasil yang terbaik kerana hidup dan mati seorang Muslim itu hanya untuk ALLAH SWT....





Muhasabah diri.. Allah..Allah..Allah.. kalau belajar untuk mendapatkan segulung diploma,ijazah dan sebagainya kita boleh bersungguh, mengapa kita tak boleh nak bersungguh untuk menuntut ilmu Allah,beramal dengannya dan menyampaikan pula kepada orang lain??

bila mana kita memegang title sebagai seorang "student".. kita kene seimbangkan antara dunia dan akhirat.. ambil dunia sekadarnya dan jadikan akhirat sebagai matlamat hidup selamanya.. "utlubul ilmi minal mahdi ilal lahdi"..