Tuesday, February 5, 2013

~Aku Mahu Jadi Baik~



Assalamualaikum semua.. terpanggil untuk mencoretkan sesuatu sebagai salah satu inisiatif merenung diri. Bahasa mungkin tak sehebat tinta para sasterawan,namun insyaAllah mudah-mudahan ianya memberikan manfaat yang besar kepada kita semua. Biar usahanya sedikit tapi manfaatnya besar kepada orang lain..

 Seringkali kita mendapat pujian tak lain tak bukan pujian yang mungkin menjerumuskan kita kepada AL-I'JAB BINNAFSI iaitu sikap suka terpesona dengan diri sendiri, antaranya "kau ni hebat", "kau ni didikan agamanya mantap", "kau bertudunglabuh/berkopiah,tentu ilmu kau banyak". Sebagai manusia yang "berlagak" rendah diri, kita pun akan berkata "tak adalah,aku juga masih belajar mengenali hakikat diri", "eh,tak, aku biasa-biasa saja", "belum sampai lagi tahap soleh/solehah tu". Sahabat, cuba kita renung kembali atau gariskan perkataan BELAJAR, tanyakan pada diri berapa kali dalam sehari kita taipkan perkataan "belajar" terutamanya sebagai feedback terhadap pujian dari rakan di alam maya, dan berapa banyak dalam sehari kita menyebut perkataan "belajar" kepada mereka yang sememangnya suka memuji. Apakah kita benar-benar ertikannya? Maksudku, apakah kita benar-benar memasukkan diri kita, jiwa kita, hati kita, seluruh anggota kita dalam dunia "belajar mengenali hakikat diri"?? Atau kita hanya bergoyang kaki menunggu hidayah ALLAH jatuh dari langit dan tiba-tiba tuuupppp "aku kini sudah jadi baik". Bukaaannn..jangan anggap itu mudah, benarlah kata pepatah bahawa mujahadah itu pahit kerana syurgaNya manis.


Demi memperolehi hidayah Allah, bukan sekadar menunggu dan terus menunggu,ianya seiring dengan usaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Belajar dan terus belajar untuk mendapat label "soleh/solehah" di mata ALLAH, bukan mata manusiawi/duniawi. Semuanya bermula dengan NIAT. YA! hanya Niat.. dan ketahuilah dengan niat insyaAllah, yakinkan sebulat hati bahawa ALLAH sentiasa membukakan kita jalan seluas-luasnya untuk kita perlahan-lahan menyusurinya. Jangan gopoh risau tergelincir,jatuh tidak mahu bangkit lagi. Tetapi ISTIQAMAH lah. Teruskan usaha membentuk diri. Terlalu cetek ilmu yang kita ada dan makin dalam ilmu yang perlu kita gali. Walaupun bukan mahasiswi atau mahasiswa jurusan agama, namun belajarlah, tuntutlah ilmuNya untuk bekalan kita di sana. Mana tahu sudah tertulis kita akan mati muda. Kita bukannya tidak baik tetapi kita belum betul-betul baik, jadi pohonlah, pintalah padaNya, yakinkan dalam hati bahawa Dia Yang Maha Pengasih akan memberikan kita taufiq dan hidayahNya kepada mereka yang benar-benar berusaha untuk tahu dan mahu. Wallahualam.. semoga bermanfaat.. AKU MAHU JADI BAIK!

No comments:

Post a Comment