Friday, September 23, 2011

Pesan Saya Niiiiiiiiiiii.......






Assalamualaikum awak....
Ada beberapa perkara yang saya nak pesan pada awak ni...Baca baik-baik ye....
Andai ditakdirkan saya takkan pernah mengenali awak..andai ditakdirkan saya takkan pernah tahu siapa awak..andai ditakdirkan saya takkan pernah tahu di mana awak..saya nak awak jaga hati awak..jangan biarkan hati awak sedih terhadap sesuatu yang sia-sia..jangan biarkan hati awak kecewa pada yang belum tentu akan menjadi milik awak..awak percayakan pada takdir Allah??awak pastikan dengan janjiNya pada setiap makhlukNya??walaupun setiap manusia itu lain ketentuannya,namun awak masih yakin kan dengan kebesaranNya??jaga hati awak baik-baik..jangan kerana terlalu menjaga hati orang lain tapi hati awak sendiri menderita..saya tak suka tengok awak sedih-sedih sebab nanti saya pun sedih..saya nak awak bahagia,insyaAllah saya pun akan bahagia walaupun di antara kita terdapatnya tembok besar yang memisahkan..janji ya..jaga hati awak baik-baik..

lepas tu saya nak awak jaga kesihatan awak baik-baik..kalau awak sakit macam mana awak nak beribadah dengan sempurna??walaupun payah untuk kita halakan hati kita satu-satunya hanya pada Dia,tapi sekurang-kurangnya jagalah kesihatan awak ya..supaya awak dapat mengabdikan diri pada Allah dengan baik dan sempurna...namun saya nak awak ingat,kita insan yang sentiasa ada kelemahan,jangan biarkan kelemahan itu lebih melemahkan awak sehingga melalaikan awak pada tanggungjawab awak sebagai hambaNya..tutuplah kelemahan yang ada itu dengan sedikit kelebihan yang Allah dah bagi pada awak ya...lagi satu,kalau awak sakit..nanti ramai orang yang risau..jangan buat orang lain risau ya..cubalah jadi seorang insan yang menyenangkan hati orang lain..insyaAllah,pasti ramai yang sayang...:-)

awak..saya yakin dengan sifat yang awak ada..dengan ilmu yang dibekalkan pada awak..saya yakin awak pasti seorang yang pandai memilih kawan apatah lagi teman hidup..pilihlah seorang yang dapat menemani awak walaupun dalam keadaan awak susah..sayangnya,rindunya pada awak bukan kerana terpaksa dan bukan jua kerana dunia..pilihlah seorang teman yang dapat seiring dengan awak meniti titian menuju syurga..biarlah di dunia ini dialah penyeri dan di syurga dialah bidadari..carilah seorang yang dapat memegang pelita di saat awak memegang payung dan bersama menuju mahligai bahagia..carilah seorang yang dapat menjadi sahabat awak dalam urusan dunia mahupun akhirat..yang akan menemani awak dalam panas terik,sejuk malam..Rasul sudah bersabda..insan yang punya agama akhlaknya mulia....jika diberikan pilihan..pilihlah dia yang membawa cahaya dalam hidup awak..bukan yang datang hanya sekadar mengubat luka..

akhir sekali....awak janganlah risau ya...nama awak ada di setiap doa saya..sentiasa meminta padaNya agar doa itu menjadi penghubung antara kita....andai ini yang terakhir kalinya..saya minta maaf sangat-sangat kat awak..mungkin saya tidak mampu menjadi sahabat yang baik pada awak disepanjang perkenalan kita..saya tetap mengharapkan masih ada izinNya untuk kita sama-sama mengenali walaupun untuk seketika..kerana saya yakin..doa satu-satunya usaha yang hanya dapat saya lakukan..tak tergoncang dunia ni andai tiada izin dari Dia Yang Maha Esa..takkan mungkin saya dapat lupakan insan sebaik awak..saya doakan semoga awak sentiasa dipayungi rahmatNya..walaupun tinta ini ditulis dengan deraian air mata,namun saya sedar..kat dunia ni memang banyak ranjau durinya..syaitan takkan berhenti mengoda seketul daging selagi diri kita bernyawa..bertahanlah awak..bertahan pada paksiNya..bertahan pada pegangan hidup awak yang seiring dengan jalanNya..jangan sia-siakan hati yang bersih suci hanya untuk perkara yang menambahkan luka dalam hidup awak..jangan sedih-sedih..bersyukurlah dengan setiap ketentuanNya..mana tahu..jalan yang gelap itu tiba-tiba jadi terang,berkat kesabaran kita mengharungi ranjau hidup yang sentiasa m'cemburui masa tenang kita..jaga diri baik-baik ya awak.. moga awak tabah mengharungi hidup....

Moga bertemu dalam barakahNya.......pilihan Allah itu yang terbaik...bersangka baiklah padaNya...segala kekhilafan mohon tak disimpan dalam hati...andai batu nisan yang menjadi kenanganku terhadapmu..sedekahkanlah alunan ayat suci Al-Quran,agar diriku tenang di sana.....

Amin Ya Rabbal Alamin....

Hasil Nukilan: Nur Aqila Fathiah Azman


No comments:

Post a Comment