Thursday, December 1, 2011

~Khasiat & Kelebihan Cuka Epal~





Faedah :
  • Meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Mencegah kancing manis,angina pectoris, artesclerosis & arthritis.
  • Mencairkan lemak, menurunkan berat badan tanpa berdiet, membantu merendahkan kolestrol bahaya (LDL) dalam darah.
  • Melawan batuk, berpeluh malam, insomnia, gelema dan hempedu.
  • Menjelaskan penglihatan dan memulihkan sisitem pencernaan.
  • Membersihkan saluran kencing & meredakan pundi kencing.
  • Mengeluarkan kesan negatif ubat-ubatan.
  • Menghalang penularan tumor, mencairkan darah dan melegakan cirit-birit.
Cara pemakanan :

Dua sudu cuka dibancuh dengan satu gelas air beserta sedikit minyak zaitun. 

Sedikit cuka epal boleh dimasukkan dalam makanan seperti nasi atau sayur-sayuran.

Jika ada masalah kesihatan, cuka ini harus diambil sebelum tidur. Cuka epal membersihkan sistem pencernaan makanan. Ia juga berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon, florid dan lain-lain.

Cuka epal mempunyai banyak lagi kebaikan terutamanya dalam bidang kecantikan wanita. Tidak digalakkan untuk wanita yang menyusukan bayi.Ia harus diminum hanya setelah dibancuh dengan air yang cukup.



MUNGKIN ada segelintir dari generasi kini yang yang tidak tahu bahawa buah epal juga boleh diproses menjadi cuka. Selain menjadi bahan penambah rasa dalam masakan, cuka epal sebenarnya mengandungi lebih dari 30 nutrien, 12 jenis galian dan lebih dari enam jenis vitamin, asid dan enzim.
Penemuan saintifik ini membuktikan hasil tumbuhan semulajadi yang diproses banyak memberi kebaikan terutama kepada kesihatan manusia.
Sememangnya cuka epal telah diketahui sejak berabad dahulu sebagai minuman yang dapat memberikan rasa ketenangan.
Bukti saintifik pula telah menemui 93 komponen yang berbeza di dalamnya yang boleh membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh badan kita.
Menurut usahawan makanan tambahan kesihatan, Rozie Hamzah berkata, selain membantu melambatkan proses penuaan, cuka epal juga dikatakan mampu memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah.
‘’Kajian tentang kebaikan cuka epal telah terbukti di peringkat antarabangsa, pengambilannya dengan kadar tertentu boleh memberikan kesan yang baik terutama untuk rambut,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang Point, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya, cuka epal sebenarnya mengandungi banyak faedah, antaranya membantu mengawal tekanan darah, gout, meningkatkan metabolisme badan, membersih buah pinggang, mencegah osteoporosis, menghilangkan gangguan tekak, sembelit dan kemurungan
Selain itu, kandungan anti oksidanya yang tinggi merupakan agen utama yang memusnahkan radikal bebas punca utama faktor penuaan manusia.
Menurut Rozie, keadaan persekitaran yang terdedah dengan udara yang kotor dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang individu itu kelihatan tidak berseri dan lebih tua dari usia sebenar.
“Mengambilnya dalam jangka masa tertentu juga membantu memberi tenaga dan kecerdasan serta meredakan tekanan,’’ katanya.
Rozie menambah, khasiat cuka epal kelihatan lebih ketara apabila diambil sebelum makan dua kali sehari. Tambahnya, pengambilan cuka epal yang telah diproses boleh membantu menguatkan sistem penghadaman dan secara tidak langsung membantu memberi berat badan yang ideal kepada seseorang individu yang mengamalkannya.
“Mencegah lebih baik dari mengubati, amalan pemakanan yang betul akan mencerminkan wajah dan tubuh badan yang sihat,’’ katanya mengakhiri perbualan.
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan cuka epal, sila hubungi, Passion Herbs Sdn. Bhd., 92B Lorong Memanda 2, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, atau hubungi talian 012-9784229 atau e-mel: arh_aiman@ yahoo.com.
Di Petik Dari Utusan Online 11 Disember 2006

No comments:

Post a Comment