Friday, December 2, 2011

APA ITU IKHLAS??

IKHLAS - Harap dan sila baca SAMPAI HABIS utk ambil faham supaya tak silap fahaman.
Macam-macam definasi mengenai IKLAS diberikan. Ada orang definasikan begini dan begitu.

Contoh 1. Ada segelintir guru beri contoh seperti sakit hendak buang air besar, segera pergi ketandas untuk segera melepas tanpa tangguh-tangguh. Selepas itu terpancar dari air muka manusia itu satu 'KEPUASAN'. Perasaan hasil dari Kepuasan melepaskan hajat tersebut, terucap spontan dari mulut dengan ucapan - '......Ahh...Leganya...........'.
Lega ini adalah ikhlas, sebab tidak diingat apa-apa pun mengenai perbuatan melepas tersebut melainkan 'puas' setelah mengeluarkannya.

Para ahli falsafah pula dengan pelbagai definasi dan tafsirannya. Kita sendiri pula sudah menjadi kebiasaan, khususnya bila hendak menang hujah atau untuk menunjukkan 'aku lebih berugama dari kamu', atau menegakkan sesuatu isu/perkara atau menundukkan manusia lain supaya akur dengan kita  - walaupun kita dipihak yang salah, perkataan IKHLAS ini menjadi mainan, iklan, gula-gula utk mempengaruhi individu lain atau khalayak.
Lebih parah lagi jika kita tidak faham apa itu IKHLAS, jangankan menghayatinya atau menjadi pakaian kita, tabiat juga kebiasaan kita. Aku menasihati dan berpesan kepada diriku sendiri juga keluargaku supaya jadikan IKHLAS itu makanan juga minuman dan sebati menjadi darah daging. Benar-benar beradab dan teliti bila melontarkan ucapan dan perkataan, sebab kita tidak kenal siapakah atau manusia jenis apa didepan kita. Jangan sembarangan mudah berkelakuan atau semborono gelojoh sangat. Kemungkinan manusia didepan kita mempunyai AKAL BUDI, mata yang tajam dan mata hati yang celik, dimana boleh membaca gelagat kita. Tetapi manusia sebegini tidak mahu ambil tahu aib orang dan seboleh mungkin menutupnya. Tetapi andaikata melibatkan maslahat umum dan orang ramai selalunya, manusia ini akan bertindak, tetapi dengan cara yang bijak terlaksana dan penuh hikmah.

Contoh 2. Guru aku pula menyatakan IKHLAS itu mahfumnya  MENGESAKAN ALLAH SWT.
(Inilah sebenar kemuncak IKHLAS bagi mereka yg sentiasa menilik Allah SWT sebagai punca pelaku dan asal.)

Aku pun merujuk surah Al Ikhlas. Semua ayat dalam surah tersebut adalah Mentauhidkan atau Mengesakan Allah SWT.

Kemudian apa sahaja yg terzahir - lakuan/aktiviti/kegiatan hidup harian pada tubuh zahir atau jasad jasmani, semestinya, seupaya mungkin dalam batas-batas syariat dan memenuhi adab-adabnya. Itulah IKHLAS namanya.

IKHLAS atau MENGESAKAN Allah SWT ini (Zat, Sifat, Asmak dan Af'al), akan menghimpunkan semua amal kebaikan lain dan menolak semua kejelikan atau dosa kesalahan. Sifat-sifat terpuji lain secara sendirinya terpancar keluar dan menjadi pakaian manusia ini samada beliau sedar atau tidak -'automatik'. Tiada ruang untuk selain DIA melainkan DIA....dan DIA dengan KUDRAT dan IRADATNYA berkehendakan MUHAMMAD yang TERPUJI  TERzahir atau NYATA.....
Sekian untuk saat dan ketika ini.

No comments:

Post a Comment