Friday, December 2, 2011

PASTIKAN 'PENDEKATAN' YG BETUL......

Betulkah atau bolehkah kita arahkan seseorang itu begini, " Bila kamu bangun pagi jangan lupa mandi, lepas tu gosok gigi, kemudian bersiap dan baru minum pagi.

Yang pastinya semua perbuatan itu telah pun menjadi amalan dan lumrah orang tersebut. Layakkah kita mengajar orang itu, sedangkan kita baru-baru ini sahaja agak rajin mandi pagi.

Mereka yg berakal budi sahaja, yg bijak terlaksana dan berhemah. Pendekatan yg diambil penuh rasa kasih sayang, amat bertanggungjawab, percakapan tidak menambah beban tekanan, tidak menafikan orang dihadapan itu lebih berpengalaman dari kita dalam bidangnya, menghargai kebaikan orang, insaf dan sedar orang tersebut lebih terlatih dan sangat berdisplin, sangat memahami dan mengenal bahawa orang yg diarahkannya telah lama menghayatinya, telah bertahun mendapat nasihat pakar bahkan kalau boleh ditauliahkan, sudah layak sebagai jurulatih dan sebagainya.

Sepatutnya pendekatannya begini, supaya tidak sakit telinga mendengarnya. 'Maaf saya tahu bahawa kamu memang berpengalaman, telah lama menghayatinya, tidak seperti saya. Cuma saya ingin memperingati dan minta tolong, bila anda mandi pagi saya ingin cadangkan anda menggunakan ubat gigi dan sabun ini sebab setakat ini ianya yg terbaik. Tetapi jika anda telah menggunakannya, oklah teruslah jangan ditinggalkan'.  Cukup utk saat dan ketika ini.

No comments:

Post a Comment